BAJU kardigan mendiang Kurt Cobain – bintang kumpulan Nirvana yang mati bunuh diri pada 1994 pada umur 27 dilelong di New York pada Sabtu.
Baju bulu kambing Anggora yang lusuh, tidak dibasuh, hilang satu butang, cacat dengan dua kesan terbakar puntung rokok, dibida kali ini pada harga lebih satu pertiga juta dolar!
Penyanyi Smells Like Teen Spirit menyarung baju panas itu dalam rancangan MTV Unplugged pada tahun 1993, setahun sebelum kematiannya.
Baju itu kepunyaan Garrett Kletjian – seorang pemilik pasukan lumba kereta profesional Forty7 Motorsports.
Kletjian memenangi bida pertama kardigan tersebut dengan nilai AS$130,000 pada waktu lelongan pertama pada tahun 2015.
Turut dilelong gitar Fender Mustang yang diguna Cobain semasa jelajah In Utero – menarik bidaan tertinggi AS$340,000 (RM1.43 juta). Gitar itu dipamer di Rock and Roll Hall of Fame sebelum lelongan kali ini.
Razak Chik
Mon Oct 28 2019
Cobain menyarung baju panas itu dalam rancangan MTV Unplugged pada tahun 1993, setahun sebelum kematiannya. - Twitter
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Lelong kardigan Kurt Cobain: Lusuh tak basuh, lebih suku juta dolar dibida, 1.3 juta duit Malaysia!
Baju panas mendiang Kurt Cobain bintang kumpulan music grunge Nirvana yang tiga dekad tak dibasuh dilelong pada harga RM1.3 juta (AS$334,000).