awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen Android ditarik balik, Huawei sudah ada 'Pelan B'

Agensi
Agensi
20/05/2019
07:03 MYT
Lesen Android ditarik balik, Huawei sudah ada 'Pelan B'
Huawei sudah mempunyai Pelan B sekiranya disekat daripada menggunakan produk buatan Amerika. - Reuters
HUAWEI mengesahkan telah membangunkan sistem operasi sendiri yang boleh menggantikan Google Android dan Microsoft Windows.
Ia dibangunkan sebagai alternatif atau 'Pelan B' sekiranya Huawei disekat sepenuhnya daripada menggunakan produk buatan Amerika, menurut satu laporan oleh akhbar Jerman, Die Welt, beberapa minggu lalu.
"Kami telah menyediakan sistem operasi kami sendiri. Sekiranya ada sekatan berlaku, kami akan bersedia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu.
Huawei kini menggunakan sistem operasi Android untuk peranti pintar, dan Windows untuk komputer riba serta tablet.
Pembangunan sistem pengendaliannya itu sudah bermula sejak tahun 2012, menurut laporan South China Morning Post.
Bagaimanapun tidak banyak laporan tentang sistem yang dibangunkan itu sehinggalah tercetusnya krisis antara Huawei dan Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini.
"Sememangnya kami lebih suka bekerja dengan Google dan Microsoft, tetapi ini adalah untuk kebaikan sendiri jika berlaku yang tidak diingini," tambah Yu.
Memetik laporan Reuters, Google hari ini mengumumkan penggantungan perkhidmatannya untuk syarikat dari China itu, sekali gus memaksanya memindahkan perkhidmatan perkakasan, perisian dan teknikal.
Telefon pintar Huawei yang akan dikeluarkan pada masa akan datang bakal hilang akses kepada perkhidmatan popular, termasuk Google Play Store, aplikasi Gmail dan YouTube.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Android
#Google
#Huawei
#Microsoft
#operasi
#sistem operasi
#telefon pintar
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan