Kerja-kerja pembersihan di Pelabuhan Beirut diteruskan pada Isnin, seminggu selepas tragedi letupan berlaku.

Pekerja pembersihan mengalihkan serpihan bangunan serta besi-besi yang bertaburan akibat letupan tersebut menggunakan jentera berat.

Pada Ahad, sejumlah AS$298 juta disumbangkan Perancis kepada Lubnan menerusi dana bantuan yang diraih negara itu atas inisiatif Presidennya, Emmanuel Macron.

Untuk rekod, letupan tersebut mengorbankan 160 nyawa dan mencerakan 6,000 yang lain.






Kerajaan turut melaksana perintah darurat selama dua minggu di kawasan terjejas.

Letupan besar berkenaan dipercayai berpunca daripada ammonium nitrat telah memusnahkan keseluruhan Pelabuhan Beirut.