awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di Beirut: Puluhan cedera, bangunan sejauh 10 kilometer turut musnah

Agensi
Agensi
04/08/2020
17:02 MYT
Letupan di Beirut: Puluhan cedera, bangunan sejauh 10 kilometer turut musnah
Antara kerosakan bangunan terbabit termasuk balkoni dan diling runtuh.-Reuters
Satu letupan besar telah menggegarkan ibu kota Lubnan, Beirut pada Selasa sehingga mencederakan puluhan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Akibat daripada letupan yang dipercayai berlaku di pelabuhan itu, beberapa bangunan di sekitar kawasan tersebut termasuk kediaman bekas Perdana Menteri Saad Hariri yang dilihat musnah serta mengalami kerosakan teruk.
Letupan yang berlaku itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi itu.
Antara kerosakan bangunan terbabit termasuk balkoni dan diling runtuh.
Kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer.
Terdapat juga rakaman dari pelabuhan menunjukkan kerosakan besar pada bangunan dan kereta, serta orang yang cedera dalam letupan itu.
Bagaimanapun, jumlah kematian dan punca letupan masih belum dapat dikenal pasti.
Topic Berkaitan
#bangunan musnah
#beirut
#cedera
#letupan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan