Perkembangan politik semasa di Malaysia menarik perhatian Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura kedua menggantikan Lee Kuan Yew.

Apabila menyaksikan Mahathir bertarung dalam PRU14 mengingatkan saya kepada ungkapan terkenal Lee Kuan Yew, “Malah dari katil tempat saya terbaring sakit, walaupun anda akan menurunkan saya ke liang kubur dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya akan bangkit.”

“Kita harus menghormati Mahathir atas atas kehendak dan usahanya yang bersemangat waja untuk bertarung bagi membetulkan apa yang difikirkannya sebagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku di negaranya,” menurut catatan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Chok Tong berkata, Dr Mahathir dan rakan-rakan dan gabungan telah mencapai kemenangan menakjubkan.