Lima anggota polis cedera dalam satu letupan bom di Daerah Thepha, Songkhla pada Khamis.

Ketua Polis Siasatan Jenayah Thepha Left. Pol Bancha Phadthaisong berkata ketika kejadian pada 3.45 petang (waktu tempatan), lima anggota polis sedang menaiki sebuah kenderaan pikap meronda di Jalan Thepha-Lamplai.

Beliau berkata sebutir bom buatan sendiri seberat 25 kilogram itu dipercayai dipasang dalam sebuah tong gas dan diletupkan.

"Kesemua mangsa dalam kenderaan pikap itu cedera dan digegaskan ke Hospital Thepha.

"Motif serangan ini dipercayai tindakan balas dendam kematian dua anggota militan pada bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Bancha berkata kelima-lima anggota polis yang cedera kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand sedang berusaha menjejaki suspek yang terlibat dalam letupan ini.

-- BERNAMA