Lima maut dalam kejadian tembak menembak di sebuah kilang di bandar Illinois, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian di kawasan perindustrian itu, lima anggota polis turut cedera namun kini dalam keadaan stabil.

Menurut Gabenor Illinois, J.B. Pritzker, insiden tersebut menimbulkan trauma dalam kalangan penduduk tempatan.

Suspek telah ditahan dan dikenal pasti sebagai Gary Martin berusia 45 tahun.

Ketua Polis Aurora Kristen Ziman berkata, Martin merupakan pekerja di kilang itu, yang terletak 65km barat Chicago.

Media tempatan memetik sumber berkata, Martin telah dipecat pada Jumaat setelah bekerja dengan syarikat itu selama 15 tahun.

Menurut laporan stesen televisyen ABC7, Martin mengeluarkan pistol ketika sedang bermesyuarat dan mula menembak.