awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima negara putuskan hubungan diplomatik dengan Qatar

Agensi
Agensi
05/06/2017
04:04 MYT
Lima negara putuskan hubungan diplomatik dengan Qatar
Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE mendakwa sokongan Qatar kepada kumpulan pengganas menjadi sebab tindakan itu diambil.
Lima negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain, hari ini bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Muslim Brotherhood, kumpulan Islam tertua di dunia dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.
"Qatar menerima kewujudan kumpulan pengganas dan kumpulan-kumpulan sektarian bertujuan untuk mengganggu kestabilan di rantau ini, seperti Daish dan al-Qaeda, selain memaparkan mesej dan agenda kumpulan-kumpulan ini melalui media mereka setiap masa," kenyataan agensi berita SPA menyebut.
Agensi berita rasmi Arab Saudi melaporkan negara itu mengambil tindakan tersebut kerana "mahu memastikan hak kedaulatannya dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan perlindungan keselamatan negara itu daripada bahaya keganasan dan ekstremisme".
Agensi berita Mesir pula mendakwa Qatar terbabit dalam memberi sokongan kepada organisasi seperti kumpulan Muslim Brotherhood.
Satu kenyataan dari agensi berita Bahrain memetik sekutu rapat Arab Saudi itu turut mengambil tindakan yang sama, dengan rakyat Bahrain diberi tempoh 14 hari untuk meninggalkan Qatar.
Turut mengambil tindakan sama adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memberikan tempoh 48 jam untuk diplomat mereka untuk meninggalkan Qatar.
Dan yang paling terbaharu adalah negara Yaman yang turut bersetuju dengan tindakan menggugurkan Qatar dari negara pakatan menentang pemberontak di Yaman.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Bahrain
#Diplomatik
#Emiriah Arab Bersatu
#Mesir
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan