Tutup

Berita  | Dunia

Louis Arthur Charles nama anak William dan Kate

Louis Arthur Charles nama anak William dan Kate
Bayi ketiga William dan Kate itu dilahirkan seberat 3.8 kilogram pada 23 April lalu di Hospital St Mary, di barat London. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Louis Arthur Charles.

Itu nama putera pasangan diraja Britain, Putera William dan isteri, Kate Middleton.

Bayi berkenaan adalah pewaris kelima dalam keluarga diraja Britain dan juga cicit keenam kepada Ratu Elizabeth II yang kini berusia 92 tahun

Bayi ketiga William dan Kate itu dilahirkan seberat 3.8 kilogram pada 23 April lalu di Hospital St Mary, di barat London.
Kate Middleton dan Putera WilliamPasangan tersebut berkahwin pada April 2011 dan melahirkan bayi sulung mereka, Putera George di hospital sama pada Julai 2013.
Anak kedua mereka, Charlotte dilahirkan dua tahun kemudian.

Puteri Cambridge yang pertama dalam masa 182 tahun, Puteri Charlotte adalah bayi pertama dalam tempoh 25 tahun, dilahirkan dengan gelaran rasmi ‘Puteri’.