PUTERA Harry membuat ucapan untuk kali pertama selepas Istana Buckingham mengumumkan pengunduran mereka daripada status keluarga diraja.

Ucapan beremosi yang dibuatnya pada satu majlis amal di London itu mendapat perhatian seluruh dunia yang mana dilihat sungguh bermakna.

Ini merupakan ucapan penuh Putera Harry yang kelihatan begitu sedih sewaktu menghadiri Majlis Amal Sentebale:

Selamat petang, dan terima kasih kepada anda semua yang berada di sini untuk Sentebale (amal kebajikan yang diasaskan oleh Putera Harry dan Putera Seeiso Lesotho bagi membantu kanak-kanak lemah, miskin dan mereka yang menghidap HIV atau Aids) sejak 2006.

“Sebelum saya memulakan ucapan, ingin saya katakan bahawa anda semua semestinya sudah mendengar khabar dan terdedah dengan bermacam-macam berita sejak beberapa minggu yang lalu,

“Jadi, saya ingin anda semua mendengar kebenaran itu sendiri daripada pihak saya, seperti mana yang boleh kongsikan, bukan sebagai Putera nahupun sebagai Duke Sussex, tetapi sebagai seorang Harry, iaitu orang yang sama seperti 35 tahun yang lalu, tetapi dengan perspektif yang lebih jelas,

"UK adalah ‘rumah’ saya dan tempat yang paling saya sayangi dan perasaan itu tidak akan pernah berubah sama sekali,

"Saya juga semakin dapat merasakan sokongan daripada anda semua, dan saya menyedari bahawa anda semua menerima Meghan dengan tangan yang terbuka, anda semua dapat melihat bagaimana saya menemui kebahagiaan dan cinta sejati yang saya telah harapkan selama ini,

“Akhirnya, anak kedua Puteri Diana ini sudah berpunya, hooray!”

"Saya juga tahu anda telah mengenali saya sejak bertahun-tahun untuk mempercayai bahawa wanita yang saya pilih sebagai isteri, berpegang kepada prinsip yang sama seperti saya. Dia melakukannya, dan dialah wanita yang paling saya cintai,

"Kami berdua melakukan segalanya bersama-sama dan melaksanakam tugas kami untuk negara ini (United Kingdom) dengan bangga.

"Setelah kami berkahwin, kami teruja, kami berharap, dan kami memang berada di sini untuk berkhidmat.

"Disebabkan itu juga, ia membawa kesedihan yang cukup mendalam yang mana ia telah sampai ke tahap ini,

"Keputusan yang saya buat untuk keluarga dan diri saya bagi mengundurkan diri ini bukanlah suatu keputusan yang diambil secara remeh, ia mengambil masa berbulan-bulan untuk berincang tentang hal ini selepas bertahun-tahun menghadapi cabaran, dan saya tahu saya tidak selalunya betul apa boleh saya katakan, saya tidak mempunyai pilihan lain,

"Apa yang saya ingin jelaskan ialah kami tidak mengundurkan, dan kami tidak akan menjauhi anda semua, harapan kami adalah untuk terus berkhidmat kepada Ratu Elizabeth II, Komanwel, dan barisan anggota tentera saya, tetapi itu adalah mustahil,

"Saya menerima kenyataan ini, mengetahui bahawa ia tidak mengubah diri saya atau betapa komitednya diri saya,

"Tetapi saya harap ini membantu anda memahami apa yang telah berlaku, bahawa saya akan mendahulukan keluarga saya, untuk lebih maju ke hadapan agar terdorong kepada kehidupan yang lebih aman,

"Saya dilahirkan dalam kehidupan ini, dan ini merupakan penghormatan yang besar untuk saya berkhidmat kepada negara saya dan Ratu,

"Apabila saya kehilangan ibu saya 23 tahun yang lalu, anda semualah yang mengangkat saya daripada bawah,

“Anda semua sejak sekian lama sudah mengambil berat terhadap diri saya, tetapi ‘media amat berkuasa’, dan harapan saya adalah dengan sokongan yang sama-sama kita berikan ini dapat lebih menjadi berkuasa kerana dengan sokongan inilah yang lebih berkuasa berbanding diri kita,

"Ia adalah satu hak keistimewaan kami untuk berjasa kepada anda, dan kami akan terus berjasa di dalam kehidupan kami,

"Ia juga adalah satu keistimewaan untuk bertemu dengan ramai orang, dan merasakan keterujaan anda semua terhadap anak kami, Archie, yang pada hari itu telah melihat salji buat pertama kali dan melihatnya sebagai anak yang pintar!

"Saya akan sentiasa menghormati nenek saya, ketua komander saya, dan saya sangat berterima kasih kepada beliau dan juga seluruh keluarga saya atas sokongan yang mereka telah berikan kepada saya dan Meghan sejak beberapa bulan lalu.

"Saya akan terus menjadi lelaki yang sama yang menyanjungi negara dan mendedikasikan hidupnya untuk menyokong kerja-kerja amal dan komuniti anggota ketenteraan yang dianggap sangat penting kepada saya.

"Dengan itu, anda telah memberi saya ilmu pengalaman tentang kehidupan dan peranan ini telah mendidik saya lebih banyak tentang apa yang betul dan menjangkaui imaginasi saya,

“Kami memegang sebuah kepercayaan yang besar, terima kasih kerana memberi saya keberanian untuk mengambil langkah seterusnya ini."


BACA: Putera Harry luah rasa hati, pertahan Meghan dalam sengketa keluarga Diraja


BACA: Bahana #Megxit, patung Harry, Meghan di Madame Tussauds 'hilang'

BACA: Hendakkan kebebasan, tak perlu panggil Harry dan Meghan 'Yang Mulia' lagi - Ratu Elizabeth