awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Maaf, kami hutang anda susu" - kata petugas bomba selepas selamatkan rumah dalam kebakaran hutan di Australia

Agensi
Agensi
12/11/2019
08:02 MYT
"Maaf, kami hutang anda susu" - kata petugas bomba selepas selamatkan rumah dalam kebakaran hutan di Australia
Petugas berkenaan turut menulis di ruangan komen dengan menyatakan dia gembira kerana mengetahui nota tersebut akhirnya diterima Sefky. -Foto BBC.com
SEORANG lelaki Australia berkongsi nota yang ditinggalkan anggota bomba yang bertungkus-lumus menyelamatkan rumahnya daripada hangus terbakar dalam kebakaran hutan di negara itu.
Dalam catatan nota itu, petugas bomba berkenaan memohon maaf kerana meminum susu milik pemilik rumah yang terjejas dalam kebakaran tersebut.
Pemilik rumah berkenaan, Paul Sefky kembali ke rumahnya di New South Wales selepas kebakaran itu mula reda.
Dia kemudiannnya menemui nota berkenaan di bahagian dapur rumahnya yang turut ditandatangani oleh petugas bomba Urunga Rural Fire Service (RFS).
"Ia adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyelamatkan rumah anda ... P.S - kami ‘berhutang’ anda susu," tulis anggota pasukan keselamatan itu lagi.
Di dalam nota itu juga, petugas bomba berkenaan juga meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan gudang milik Sefky.
Perkara itu dikongsi di laman sosial Facebook dan ia mendapat ribuan perkongsian sehingga muat naik itu akhirnya ‘sampai’ ke petugas bomba berkenaan.
Anggota berkenaan turut memberikan maklum balasnya dengan menurunkan komen menyatakan dia sangat gembira kerana mengetahui nota tersebut akhirnya diterima Sefky.
“Saya gembira kerana awak berjaya menerima nota tersebut. Kami (anggota bomba) terpaksa berehat sebentar di rumah anda dan kami menemui sebuah peti sejuk,” katanya.
Australia menghadapi krisis kebakaran hutan sehingga telah menyebabkan tiga orang mati dan lebih 150 buah rumah rosak teruk.
Lebih daripada 60 kebakaran berlaku di seluruh New South Wales sehingga kerajaan mengisytiharkan darurat.
Topic Berkaitan
#Australia
#bomba
#Facebook
#hutan
#kebakaran
#laman sosial
#rumah
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan