Tutup

Berita  | Dunia

Mahkamah India keluar waran tangkap baharu terhadap Zakir Naik

Mahkamah India keluar waran tangkap baharu terhadap Zakir Naik
Dr Zakir merupakan seorang penceramah TV popular yang meninggalkan India pada 2016 dan berpindah ke negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
WARAN tangkap tanpa jaminan telah dikeluarkan Mahkamah Khas India ke atas penceramah bebas warga India, Dr Zakir Naik.

Menurut laporan portal berita NDTV, waran tersebut berhubung dakwaan kes pengubahan wang pada 2016.

Dr Zakir didakwa telah memperoleh wang sebanyak RM11.36 juta daripada hasil pengubahan.

Sebelum ini Dr Zakir telah mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan untuk hadir ke mahkamah berkenaan. Namun rayuannya telah ditolak.
Dr Zakir merupakan seorang penceramah TV popular yang meninggalkan India pada 2016 dan berpindah ke negara ini.

Beliau juga kini merupakan seorang pemastautin tetap di Malaysia.



Tag: Mahkamah Khas India, Zakir Naik, penceramah bebas, pengubahan wang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.