Majlis Agama Islam Perancis (CFCM) yang mewakili masyarakat Islam di Perancis bertindak menyaman Facebook dan YouTube susulan serangan pengganas di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Saman difailkan atas dakwaan kedua-dua gergasi media sosial itu membenarkan aktiviti keganasan disiarkan di platform mereka.

Semasa kejadian serangan yang berlaku 15 Mac itu, suspek melakukan penstriman secara langsung selama 17 minit di Facebooknya.

Menerusi video tersebut, suspek menunjukkan secara terperinci modus operandinya dan ia tersebar luas di semua platform media sosial.

Facebook bagaimanapun bertindak mengeluarkan ribuan visual sama yang berlegar di platform sejurus selepas kejadian berlaku.