DALAM suasana protes Hong Kong belum reda sepenuhnya, pembeli mampu pilih untuk menyokong perniagaan berjalur kuning atau yang berbendera biru bergantung sama ada mereka menyokong atau membantah tindakan China.

Di Hong Kong sekarang wujud ekonomi kuning – bukan kena mengena dengan perdagangan barangan haram tetapi tanda bangkangan bantah penjajahan.

Ekonomi biru juga muncul bersaingan – warna penanda premis perniagaan yang pro-China.

Kini, banyak permis perniagaan dilekatkan pelbagai bentuk tanda, menggunakan dua warna kuning atau biru, menarik pengunjung dan pembeli menurut selera politik sendiri.

Pepe the Frog turut diguna cara meluas pelbagai cara oleh kumpulan pro-demokrasi yang memilih patung karektor katak berbadan manusia (anthropomorphic) sebagai maskot perjuangan mereka.

Di daerah hiburan terkenal Wan Chai, restoran Fu Kee Noodles, patung Pepe the Frog yang dipakaikan topeng menjadi `penjaga pintu’ – menarik pelanggan kalangan penyokong protes pro-demokrasi.

Fu Kee yang terkenal sebagai rangkaian restoran mee wonton kini dikenali sebagai `kedai kuning’ – kerana pemiliknya penyokong tegar gerakan pro-demokrasi.

Pemilik Fu Kee – Kwong Chun-hin, 30, yakin penggunaan tanda kuning mahupun biru mampu memudahkan penyokong kedua dua pihak yang bertelagah membuat pilihan di mana mereka makan; bergantung kepada pendirian politik masing masing.

Sementara itu, premis perdagangan yang dilabel `biru’ sering menjadi sasaran serangan kumpulan berbaju hitam.

Ini termasuk syarikat katering tersohor Hong Kong – Maxim’s, ekoran kenyataan anak perempuan pengasasnya mengutuk penyokong pro-demokrasi dan melabel mereka perusuh.