Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat wabak bubonik di barat Mongolia.
Remaja itu dijangkiti wabak berkenaan selepas memburu dan memakan marmot, kata Dorj Narangerel, jurucakap Kementerian Kesihatan Mongolia.
Dia meninggal dunia pada Ahad.
Marmot adalah tupai tanah besar yang sering dikaitkan dengan kemunculan pelbagai wabak di rantau itu.
Ujian mengesahkan remaja itu dijangkiti wabak bubonik dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kesihatan dan melaksanakan perintah kuarantin di daerah Tugrug, Mongolia.
Kuarantin bermula pada Ahad lalu hingga Sabtu ini.
Pihak berkuasa juga telah mengenal pasti dan mengasingkan 15 individu yang merupakan kontak remaja tersebut.
Setakat ini, kesemua mereka tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.
Wabak bubonik menyebabkan kesakitan dan pembengkakan nodul limfa, dengan simptom seperti demam dan batuk.
Mongolia mencatatkan 692 kes wabak bubonik dari 1928 hingga 2018. Dari jumlah itu, 513 meninggal dunia.
Awal bulan ini, dua individu didapati positif wabak tersebut di wilayah Khovd, memaksa amaran dikeluarkan di negara jiran, Rusia.
Minggu lalu, seekor tupai di Colorado, Amerika Syarikat didapati positif wabak itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan bubonik sebagai 'wabak lama yang muncul kembali'.
Agensi
Thu Jul 16 2020
Marmot adalah tupai tanah besar yang sering dikaitkan dengan kemunculan pelbagai wabak.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad
Amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Jepun keluar amaran salji lebat
Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran salji lebat untuk beberapa wilayah utara Jepun, ketika salji lebat terus melanda beberapa bahagian di negara itu.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca.
Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian mengeluarkan satu lagi amaran terhadap pengeboman berterusan Israel di Gaza ketika ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
BNM keluar notis serangan siber terhadap institusi kewangan
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.
Gunung berapi Bulusan: Filipina keluar amaran Tahap 1
Filipina mengeluarkan amaran berjaga-jaga Tahap 1 selepas gunung berapi Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, di tenggara Manila merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Okt.
China: Fujian keluarkan amaran untuk Taufan Saola
Wilayah Fujian di China Timur mengaktifkan respons kecemasan Tahap III untuk Saola, taufan kesembilan tahun ini, pada 10 pagi Selasa.
Itali dilanda panas melampau, hasil pertanian rosak teruk
Cuaca panas melampau di Itali menyebabkan pihak berkuasa di negara itu mengeluarkan amaran cuaca panas kepada tahap merah.
WHO beri amaran penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia
WHO memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia.