Malala Yousafzai yang ditembak Taliban di Pakistan menyambut hari jadi ke-16 dan menuntut pemimpin dunia terus memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak.

Malala yang berucap di pentas pertubuhan bangsa bersatu di new york, mendesak satu sistem pendidikan percuma disediakan bagi semua kanak-kanak di dunia.

Penampilan malala itu adalah yang pertama sejak ditembak taliban kerana menggalakkan pendidikan di kalangan remaja perempuan di pakistan.

Beliau berucap di hadapan lebih seribu pemimpin belia dari 100 negara.

Dalam ucapannya, malala menyeru supaya gerakan sedunia dibuat bagi menangani masalah buta huruf, kemiskinan dan keganasan.

Malala berkata, hanya pendidikan satu-satunya penyelesaian kepada masalah kemiskinan dan keganasan.

Jelas beliau, pengalaman ditembak di kepala oleh Taliban pada Oktober tahun lalu tidak akan menghalang beliau daripada terus memperjuangkan hak mendapatkan pendidikan, keamanan dan kemakmuran.

Berikutan insiden itu, Malala kini menjadi simbol dunia bagi memperjuangkan nasib 57 juta kanak-kanak yang tidak mendapat akses kepada pendidikan pada masa sekarang.

PBB menetapkan 12 Julai sebagai hari Malala bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai penduduk dunia menggalakkan pendidikan bagi kanak-kanak.