awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malawi negara pertama beri vaksin malaria kepada kanak-kanak

Agensi
Agensi
23/04/2019
23:11 MYT
Malawi negara pertama beri vaksin malaria kepada kanak-kanak
Suntikan tersebut mampu menyelamatkan 10,000 nyawa di negara itu. - Gambar hiasan
Malawi muncul negara pertama yang memberi suntikan vaksin malaria kepada kanak-kanak, lapor Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).
Walaupun bekalan vaksin hanya mampu menampung sekitar satu pertiga kanak-kanak, suntikan itu sekurang-kurangnya mampu menurunkan kes malaria di negara berkenaan.
Untuk rekod, wabak itu membunuh sekitar 435,000 orang setiap tahun dan majoriti mangsa merupakan kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Afrika.
“Ia bukan satu suntikan yang sempurna, tetapi masih mampu menyelamatkan 10,000 nyawa,” kata Dekan Sains Biologi dari Sekolah Perubatan Tropical Medicine, Alister Craig.
Menurut Craig, suntikan imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak yang mudah dijangkiti wabak itu mampu menyelamatkan mereka daripada jauh sakit atau meninggal dunia.
Penggunaan vaksin yang dikenali sebagai Mosquirix itu mendapat kelulusan daripada Agensi Perubatan Eropah pada tahun 2015.
WHO turut memaklumkan program vaksininasi itu akan turut dijalankan di Kenya dan Ghana dengan sasaran seramai 360,000 kanak-kanak di ketiga-tiga buah negara.
Dalam pada itu, Craig turut menyatakan kebimbangannya apabila penghalang terbesar adalah untuk memujuk ibu bapa agar membawa anak-anak mereka mengambil suntikan vaksin yang hanya mampu melindungi satu pertiga daripada kanak-kanak dalam satu tempoh masa yang terhad.
“Vaksin malaria itu akan menyelamatkan banyak nyawa walaupun ia tidak seperti yang kita mahukan. Saya harap usaha ini akan menjadi satu permulaan kepada penyelidikan di luar sana dan ia tidak akan berakhir hanya di situ,” kata Craig.
Topic Berkaitan
#campak
#Ghana
#Kenya
#malaria
#mosquirix
#suntikan
#vaksin
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan