awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Spotify tambah jualan buku fizikal, lancar ciri penyelarasan Page Match
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kurang durian, Jokowi saran Indonesia bantu jiran tampung bekalan ke China

Agensi
Agensi
20/03/2019
02:13 MYT
Malaysia kurang durian, Jokowi saran Indonesia bantu jiran tampung bekalan ke China
DURIAN, kata Jokowi, boleh ambil alih peranan kelapa sawit untuk dipasarkan ke luar negara.
PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyarankan petani di negara yang dipimpinya itu agar beralih menanam pokok durian sebagai memenuhi kehendak pasaran global.
Bahkan, jelas pemimpin yang akan bertanding dalam penggal kedua Pemilihan Presiden (Pemilu) pada April ini, Indonesia memiliki keupayaan untuk memasarkan komoditi itu berikutan buah durian semakin diminati khususnya di negara China.
Menurut bekas Gabenor Jakarta itu lagi, Malaysia sebagai pengeksport utama durian ke China sendiri tidak mampu memenuhi permintaan dari negara itu.
"Adakah kita tidak punya komoditi lain yang memiliki pasaran lebih baik? Boleh saja ke (penanaman) durian. China minta (import) dari Malaysia tetapi tidak cukup (bekalan). Kita ada semua (durian)," kata Jokowi dalam sesi dialog bersama anggota Himpunan Kerukunan Tani Indonesia (HKTI) yang berasal dari Kalimantan Barat pada Selasa.
Dalam masa sama, Jokowi menegaskan, penanaman durian merupakan masa depan memandangkan harga kelapa sawit menurun.
Jokowi juga memberitahu hasil kelapa sawit di Indonesia sudah terlampau banyak iaitu sebanyak 46 juta tan.
Selain itu, jelas beliau, penjualan bahan komoditi itu dari Indonesia juga berdepan tentangan berupa tarif di India dan negara Kesatuan Eropah.
“Durian kita bagus. Terdapat durian kuning, hitam dan merah. Kita ada semua ini. Durian itu banyak, kita ada macam-macam tetapi tidak mempunyai pengurusan yang bagus” kata Jokowi lagi.
Topic Berkaitan
#China
#durian
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi saran Indonesia bantu jiran tampung bekalan ke China
#Kalimantan
#kelapa sawit
#Kesatuan Eropah
#Malaysia
#Malaysia kurang durian
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan