Skip to main content

Dunia

Malaysia kutuk serangan kejam di Pusat Kebudayaan Syiah, Kabul

41514557967_Afghan.jpg
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Pusat Kebudayaan Syiah di Kabul, Afghanistan pada Khamis yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab segera dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

"Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Afghanistan dan keluarga mangsa yang terlibat," menurut kenyataan itu. -- Bernama



Advertisement

Must Watch Video