Malaysia menjadi antara negara di dunia menggunakan gula paling banyak dalam makanan dan minuman.
Keadaan itu menyumbang kepada trend peningkatan pesakit kencing manis di negara ini yang memerlukan perhatian dan pemantauan sewajarnya.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, purata penggunaan gula bagi isi rumah mahupun di peringkat industri adalah tinggi berbanding negara-negara lain.
"... 51 gram per kapita. That’s very high. Jadi, bagaimana tak sumbang kencing manis. Per kapita penggunaan seluruh negara rumah even makanan kuih industri kuaih guna gula walau kita kat rumah kawal gula tapi kat luar minum teh tarik biskut kat kedai makan gula terlalu tinggi," kata
Kajian mobiliti 2011 juga katanya, mendedahkan hampir 50 peratus daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Justeru katanya, kementeriannya sedang berbincang dengan pemain industri bagi bagi menghasilkan produk makanan dan minuman yang kurang penggunaan gula di pasaran.
Pada masa sama, beliau mencadangkan pengusaha makanan turut memainkan peranan mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di negara ini dengan memberikan potongan harga kepada pengguna yang memesan minuman kurang manis.
Bagaimanapun katanya, apa yang lebih penting, setiap individu juga perlu sedar dengan kepentingan mengambil makanan yang sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit, NCD terutama kencing manis dan darah tinggi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan Nutrisi Klinikal Asia Pasifik ke-9 di Kuala Lumpur.
Bernama
Tue Jan 27 2015
Keadaan itu menyumbang kepada trend peningkatan pesakit kencing manis di negara ini yang memerlukan perhatian dan pemantauan sewajarnya. - Gambar Fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Felda sepatutnya utamakan pengeluaran minyak sawit, bukan buat gula, miliki hotel' - Johari Ghani
Felda perlu menumpukan usaha meningkatkan hasil pengeluaran minyak sawit di tanah seluas 800,000 hektar, bukannya menceburi bidang perniagaan lain di luar kepakarannya.
KKM lancar Pelan Advokasi Gula dalam masa terdekat
Pelan tersebut juga sebagai usaha untuk menangani penyakit tidak berjangkit terutamanya kencing manis.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
80 peratus pengguna mengadu tidak terima bekalan gula bersubsidi - Presiden CAKE
Menurut Mohamad Yusrizal, situasi ini berlaku akibat faktor aktiviti kartel dan monopoli barangan keperluan pengguna.
Premis perniagaan diserbu jual minyak masak, gula tanpa lesen, nilai sita lebih RM18,000
Peniaga gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia.
Jangan jual gula secara bersyarat - Fuziah Salleh
Peniaga kedai runcit sekali lagi diingatkan supaya tidak menjual gula secara bersyarat memandangkan ia adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang.
KPDN Perak terima 31 aduan berkaitan gula sejak Januari
KPDN cawngan Perak menerima 31 aduan berkaitan bekalan gula sejak Januari lepas hingga hari ini menerusi Op Manis yang dilaksanakan di seluruh negeri.
KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.
KPDN Negeri Sembilan beri jaminan bekalan gula terkawal, mencukupi
KPDN Negeri Sembilan memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri ini.
Bekalan gula di Kedah pulih, harga ditetapkan RM5 untuk 2kg - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan isu bekalan gula di Kedah pulih sepenuhnya.