Malaysia menawarkan diri untuk memainkan peranan konstruktif dalam menyelesaikan konflik antara Qatar dan beberapa negara Arab yang lain tetapi menghormati hasrat pihak yang terlibat menyelesaikan permasalahan itu menerusi rangka kerja serantau mereka.
Kementerian Luar (Wisma Putra), dalam kenyataan hari ini, berkata tawaran Malaysia untuk memainkan peranan konstruktif yang diperlukan diterima baik dan dihargai oleh pihak berkenaan.
Bagaimanapun, ia berkata, negara-negara yang terlibat telah melahirkan harapan supaya negara lain dan pertubuhan antarabangsa di luar rantau itu membenarkan mereka menyelesaikan permasalahan itu melalui rangka kerja mereka seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC) selain usaha perantaraan Emir Kuwait.
"Malaysia dan negara-negara lain di luar GCC menghormati kehendak mereka. Oleh itu, Malaysia akan menyokong semua usaha GCC dan Emir Kuwait," kata Wisma Putra.
Konflik tersebut dilaporkan tercetus apabila beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak awal Jun dengan mendakwa negara itu menyokong militan dan Iran.
Wisma Putra berkata Malaysia sedang memantau konflik tersebut dan pihak kementerian sentiasa berhubung dengan semua negara yang terlibat sejak permasalahan itu tercetus pada 5 Jun lepas.
Ia berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawat mereka dari seluruh dunia islam sejak itu bagi berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini dan mencari kaedah penyelesaian.
"Semasa perhubungan ini, Malaysia menegaskan pendirian berkecuali negara terhadap permasalahan ini dan akan meneruskan dasar berkecuali tetapi ia adalah dasar 'berkecuali yang aktifi'," katanya.
Ia juga berkata tawaran Malaysia itu masih kekal dan akan meneruskan hubungan dengan semua pihak yang terlibat serta terus menggesa mereka mengambil semua langkah yang wajar bagi meredakan ketegangan.
Wisma Putra berkata Malaysia berkongsi hubungan mendalam dan berkekalan dengan semua negara yang terlibat dalam konflik itu.
"Hubungan kami merentas seluruh bidang aktiviti manusia - terutamanya budaya, agama, ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat. Atas sebab ini, kesulitan ini adalah sesuatu yang menjadi kebimbingan kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya,.
"Malaysia berharap untuk penyelesaian segera dan mudah dan ia hanya boleh menjadi rahmat kepada dunia Islam secara keseluruhan.
"Pada masa sama, Malaysia terus komited dalam memerangi dan menentang keganasan dan ekstremisme serta menyokong segala usaha ke arah mencapai keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2017
Malaysia menawarkan diri untuk memainkan peranan konstruktif dalam menyelesaikan konflik antara Qatar dan beberapa negara Arab yang lain.
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.
Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin
Sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi.
Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung
Pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada normalisasi dengan Israel tanpa Palestin yang merdeka - Arab Saudi
Dakwaan Amerika Syarikat bahawa Arab Saudi sedia mengadakan perbincangan normalisasi dengan Israel tidak benar.