Empat tahun lalu, Yee Xiong berkunjung ke rumah rakannya, Lang Her, selepas sesi minum malam.

Dia tertidur dan sesudah terjaga, badannya terasa sakit. Tanpa keizinan, rakannya Her telah melakukan hubungan seks dengan Xiong.

Selepas dihadapkan ke mahkamah, Her didapati bersalah bagi kesalahan serangan seksual dan dipenjarakan selama setahun.

Kini Her kembali dan menyaman Xiong kerana menggelarnya ‘perogol’.

“Manusia waras manakah yang sanggup buat begini? Saya rasa jadi mangsa sekali lagi. Saya mahu teruskan hidup tapi perkara ini menghalang saya,” luah Xiong kepada peguamnya.

Saman tersebut mendakwa Xiong dan adik-beradiknya mencemarkan reputasi Her kerana menggelarnya ‘perogol’ di laman sosial Facebook ketika merujuk kepada serangan seksual yang berlaku pada tahun 2012 itu ketika mereka berdua belajar di University of California.