Tutup

Berita  | Dunia

Manusia jangan menyibuk nak dekat! Paus juga mahukan privasi!

Manusia jangan menyibuk nak dekat! Paus juga mahukan privasi!
Paus humpback betina yang sedang menjaga anak ini 'marah' dengan penyelam yang cuba mendekatinya. - Reuters
REUNION ISLAND: Para penyelam di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah diberi 'amaran' iaitu hormati ruang privasi atau terima akibat dilibas oleh mamalia laut yang besar!

Wilayah perairan Perancis tersebut merupakan salah satu daripada kawasan khas yang memberi kebenaran untuk para penyelam berenang mendekati paus.

Namun ahli konservasi tempatan tidak gembira dan tidak bersetuju dengan amalan tersebut terutamanya apabila para penyelam semakin tidak mengendahkan peraturan tertentu.

Bukan sekladar ahli konservasi hidupan marin, malah kumpulan paus sendiri sudah mula menunjukkan sifat agresif terhadap manusia yang 'melampaui batas'.
Beberapa buah bot pelancong yang menyediakan pakejmenyelam bersama paus dilihat di perairan Pulau Reunion. - Reuters

Dalam insiden terbaru pada Rabu lalu, seekor paus humpback betina yang sedang berenang bersama anaknya, telah melibas salah satu siripnya ke arah sekumpulan penyelam yang cuba mendekati.
Libasan sirip yang sepanjang 5.5 meter itu telah menghasilkan riak air yang kuat dan berbahaya, cukup untuk memberi amaran tegas terhadap pengganggunya.

"Ia adalah isyarat jelas yang datang dari haiwan seberat 30 tan, dan ia boleh menyebabkan kemalangan jiwa," ujar ahli konservasi, Olivier Hoarau, dari pusat penyelidikan CEDTM.

Pasukan Hoarau yang ditaja oleh pihak berkuasa tempatan, sejak setahun lalu bertugas melindungi hidupan laut, termasuk 230 ekor paus humpback di perairan itu, berdasarkan bilangan yang dicatatkan dalam rekod mereka.

Usaha kumpulan konservasi itu bagaimanapun berdepan cabaran berikutan peningkatan jumlah pelancong ke perairan berkenaan.

Hoarau dalam jadual berkala, akan terlibat dalam pemantauan kawasan tersebut, termasuk mengenakan tindakan kepada pelancong dan penyelam yang melanggar peraturan sewaktu berenang bersama paus.

Menurutnya, semenjak bulan Jun lalu, tiga per empat daripada 500 buah bot pelancong didapati melanggar peraturan.