Tutup

Berita  | Dunia

Maraton 1.59:40: Pantas manusia; tapi bukan rekod dunia

Maraton 1.59:40: Pantas manusia; tapi bukan rekod dunia
Mengapa pencapaian Kipchoge tidak tercatat dalam buku rekod IAAF sebagai rekod dunia? - Foto: twitter@EliudKipchoge
DALAM kalangan atlet, nama Roger Bannister dan Jim Hines terpahat dalam sejarah sebagai pelari pertama – masing masing memecah rekod acara lari satu batu dan pecut 100 meter.

Enam puluh lima tahun lalu pada tahun 1954; usaha untuk memecah tembok the four-minute mile berjaya dilakukan Roger Bannister di Oxford.

Jim Hines pula berjaya merendahkan rekod 100 meter dgn masa 9.9 saat menjadi atlet pertama mencatat masa bawah 10 saat di Olimpik Mexico 1968. 

Mengapa pencapaian Kipchoge tidak tercatat dalam buku rekod IAAF sebagai rekod dunia?
Sebab utama pencapaian Kipchoge tidak diiktiraf adalah kerana acara ini merupakan acara tertutup, bukan maraton di New York, Boston, Paris, London mahupun Kuala Lumpur yang terbuka bagi semua.

Seterusnya dalam usaha menjadi manusia pertama berlari maraton di bawah 2 jam, acara ini mempunyai ciri ciri unik seperti berikut:
  1. Menggunakan 41 orang pelari penentu rentak – pace-setters terdiri dari pelari pelbagai negara bertaraf antarabangsa. Seramai tujuh pacemaker berlari setiap 4.8 km dalam formasi berbentuk V di hadapan Kipchoge. Ini bertujuan melindungnya dari tiupan angin dari arah hadapan.
     
  2. Lakaran laser berwarna hijau dipancar ke permukaan jalan bagi membantu Kigpchoge memijak tapak yang sudah ditetapkan sebagai tapak paling optimum sepanjang larian. Satu kilometre sebelum garisan penamat, kereta elektrik penyembur laser diketepikan bagi memberi tumpuan penuh penonton kepada Kipchoge.
     
  3. Kasut khusus dibekalkan syarikat Nike berdasarkan keluaran terbaharu Nike VaporFly Next% yang berharga AS$250 sepasang.
     
  4. Sepanjang larian, pembantu berbasikal menghulurkan minuman bermakna Kipchoge tidak perlu memperlahankan larian atau hilang konsentrasi mengejar rekod.
Akhirnya, keyakinan dan kekuatan dan ketahanan diri Kipchoge sendiri yang menentukan berlari maraton di bawah 2 jam mampu dilakukan manusia.

Ditanya apa sebenarnya yang ingin dibuktikan; Kipchoge menjawab “ Saya ingin memberi inspirasi kepada semua orang di luar sana bahawa tiada apa yang mampu manusia mencapai apa yang diidamkan.” (I want to inspire many people that no human is limited.”

Sebagai renungan, pelari marathon Malaysia terpantas ialah Tan Huong Leong yang mencatat 2.25:04 di Tokyo Marathon tahun lalu.


Tag: rekod dunia, larian maraton, Eliud Kipchoge, maraton penuh, larian 42km, kerjar rekod, atlet



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.