Canselor Jerman Angela Merkel percaya kejayaan mencapai perlindungan iklim global boleh menjadi 'persoalan hidup atau mati' dalam kalangan warga dunia.

Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia di sini, Angela Merkel berkata "wujud tekanan untuk bertindak" bagi memeterai matlamat Perjanjian Iklim Paris 2015.

Merkel juga berharap konflik antara golongan yang menafikan perubahan iklim dan mereka yang berjuang untuk menangani hal itu 'diselesaikan' segera.

"Saya berpendapat tidak kira betapa sukarnya kita, kita harus bertukar maklumat walaupun dengan kumpulan yang paling kontroversi," katanya.

Merkel turut mengulas mengenai perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, serta pandangannya mengenai Brexit yang baharu sahaja memperoleh kelulusan Parlimen Britain.

Beliau percaya bahawa pengunduran United Kingdom dari Kesatuan Eropah boleh menjadi peluang untuk pertumbuhan di rantau itu.

"Kita kini mempunyai pesaing di depan pintu rumah kita, dan ini sepatutnya mendorong kita, supaya kita menjadi lebih pantas.

"Walaupun sedih, pengunduran Britain juga merupakan insentif untuk Eropah untuk membuktikan dirinya," katanya lagi.