Berita  | Dunia

Masjid Al-Noor, Christchurch dibuka semula pada Jumaat

Masjid Al-Noor, Christchurch dibuka semula pada Jumaat
Polis New Zealand memberi jaminan bahawa umat Islam boleh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Noor dengan tenang esok. - Gambar AP
SEMINGGU selepas tragedi berdarah, Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand akan dibuka semula untuk jemaah pada Jumaat ini.

Ketika ini, kerja-kerja membaik pulih, mengecat dan pembersihan sedang giat dilakukan bagi memastikan jemaah Muslim dapat menunaikan solat Jumaat esok.

Beribu-ribu jemaah dijangka berada di Masjid Al-Noor, di mana majoriti mangsa tragedi serangan pengganas meninggal dunia.
"Kami akan hadir esok untuk memberi jaminan kepada umat Islam yang menghadiri sembahyang Jumaat.

"Polis telah bekerja tanpa henti, melakukan segala-galanya dalam kuasa kami untuk mengumpulkan semua bukti yang sesuai dari apa yang dilakukan oleh adegan jenayah yang aktif supaya kami dapat membenarkan orang ramai kembali ke masjid secepat mungkin," kata polis New Zealand dalam satu kenyataan pada Khamis seperti dilaporkan Reuters.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Rabu mengumumkan laungan azan ketika solat Jumaat akan disiarkan menerusi televisyen dan radio di seluruh negara itu.

Selain itu, sesi bertafakur selama dua minit (two-minute silence) juga akan diadakan pada hari yang sama.

Menurut Ardern berkata, ia merupakan tanda sokongan kepada umat Islam di sana untuk kembali ke masjid.

Susulan kejadian serangan itu, polis bersenjata telah mengawasi masjid-masjid di negara itu.