awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid di Australia anjur hari terbuka tepis Islamofobia

Agensi
Agensi
30/10/2015
11:01 MYT
Masjid di Australia anjur hari terbuka tepis Islamofobia
Orang Islam di barat Sydney mendirikan solat berjemaah sempena Aidiladha yang lalu. - Gambar hiasan/AFP
Dalam usaha mengikis tanggapan yang salah tentang Islam, sebanyak 14 buah masjid di Australia menganjurkan Hari Terbuka Masjid Nasional bagi mengajak penduduk tempatan mendekati rumah ibadah tersebut.
Salah sebuah masjid yang menyertai acara itu pada 31 Oktober ialah Masjid Hobart yang merupakan satu-satunya rumah ibadah Muslim di Tasmania, lapor portal berita Australian Broadcasting Corporation.
Imam bagi masyarakat Islam di Hobart, Sabri Samson, menjelaskan bahawa inisiatif itu membuka peluang yang luas kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami kepercayaan orang Islam.
"Suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang tidak pernah mengenali Islam dan mendekati masjid. Di dalam masjid tiada gambar, arca atau bangku. Hanya permaidani," ujarnya.
Falsafah Islam diterangkan secara terus kepada pengunjung dan penganjur berharap ia akan dapat membuka pemikiran ramai bahawa keganasan yang dilakukan oleh militan seperti kumpulan Negara Islam (IS) tidak mewakili Islam.
“Itu secara jelas bukan sebahagian daripada agama Islam. Agama ini tidak menganjurkan pembunuhan dan pemerkosaan malah antara mangsa korban IS itu ialah orang Islam.
“Fakta itu cukup aneh. Semoga golongan yang seperti itu tidak ada di Tasmania,” ujarnya.
Sabri yakin bahawa sempena hari terbuka itu, para pengunjung akan bertanyakan pelbagai perkara tentang Islam.
Topic Berkaitan
#Australia
#hari terbuka
#Islamofobia
#masjid
#Sabri Samson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan