Dua masjid menjadi sasaran serangan berdarah di Christchurch yang menyaksikan sekurang-kurangnya 50 terbunuh dibuka semula pada Sabtu.

Di Masjid al-Noor, pasukan keselamatan lengkap bersenjata turut ditempatkan untuk menjaga keselamatan para jemaah.

Aden Diriye yang kehilangan anak lelakinya berusia tiga tahun dalam tragedi paling buruk dalam sejarah moden New Zealand itu kembali ke masjid tersebut bersama rakannya.

"Saya sangat gembira kerana dapat kembali semula," katanya.

Warga New Zealand mengambil bahagian dalam perarakan 'March for Love' di North Hagley Park, Christchurch, New Zealand, 23 Mac, 2019. REUTERS

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 3,000 menyertai 'perarakan untuk cinta' di sepanjang Christchurch ketika bandar itu kini sedang pulih daripada tragedi tersebut.

Mereka turut membawa plakad tertera 'Mereka mahu membahagikan kita, dia hanya menjadikan kita lebih kuat','Orang Islam dialu-alukan, sifat perkauman tidak' dan Kia Kaha dalam bahasa Maori yang bermaksud 'tetap kuat'.