awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat Aloysius Pang dibawa pulang selepas bedah siasat

Agensi
Agensi
24/01/2019
07:40 MYT
Mayat Aloysius Pang dibawa pulang selepas bedah siasat
MAYAT Aloysius Pang akan dibawa pulang ke Singapura selepas selesai urusan bedah siasat. - Gambar Instagram Aloysius Pang
Mayat pelatih Angkatan Tentera Singapura (SAF) yang juga aktor terkenal, Aloysius Pang akan dibawa pulang ke Singapura selepas selesai urusan bedah siasat.
Bagaimanapun, pihak Hospital Waikato, Hamilton di New Zealand masih menunggu lampu hijau daripada keluarganya di Singapura.
Pang, 28, cedera semasa menjalani latihan pada Sabtu lalu ketika sedang menjalani kerja-kerja pemulihan di stor senjata pusat latihan Waiouru bersama dua lagi kakitangan pada 19 Januari lalu sekitar pukul 2.05 petang (waktu Malaysia).
Empat hari selepas bertarung nyawa di Hospital Waikato, Hamilton di New Zealand, Pang meninggal dunia akibat kecederaan parah semasa menjalani latihan ketenteraan Angkatan Tentera Singapura (SAF) pada Khamis.
Kematian Pang disahkan Kementerian Pertahanan Negara menerusi satu kenyataan malam tadi.
Semasa kejadian, aktor itu dilaporkan berada dalam keadaan sedar sebelum dipindahkan ke Hospital Waikato dari Pusat Perubatan Waiouro Camp.
Mangsa menjalani beberapa siri pembedahan ekoran kecederaan pada bahagian dada dan perut.
Laporan awal berhubung insiden itu dijangka dikeluarkan dalam sidang akhbar hari ini.
Pang merupakan seorang juruteknik persenjataan daripada Altileri Batalion Singapura ke-268 sedang menyertai latihan Thunder Warrior semasa insiden itu berlaku.
Mangsa merupakan pelatih SAF yang keempat maut semasa menjalani latihan sejak 18 bulan lalu.
Pada tahun ini, seramai 500 individu terlibat dalam latihan itu yang bermula pada 5 Januari sehingga 2 Februari depan.
Topic Berkaitan
#Aloysius Pang
#Angkatan Tentera Singapura
#cedera
#latihan ketenteraan
#maut
#New Zealand
#pelakon
#saf
#Singapura
#thunder warrior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan