Tutup

Berita  | Dunia

Meghan Markle langgar protokol lagi!

Meghan Markle langgar protokol lagi!
Wanita yang baru memasuki keluarga diraja Britain itu kelihatan duduk bersilang kaki.
MEGHAN Markle telah melanggar protokol diraja ketika menghadiri majlis Young Leader Awards di Buckingham Palace pada Selasa.

Wanita yang baru memasuki keluarga diraja Britain itu kelihatan duduk bersilang kaki.

Secara tradisinya, wanita-wanita diraja Britain tidak boleh duduk sebegitu ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Namun, menurut beberapa sumber, Kate Middleton dan mendiang Puteri Diana juga telah melakukan kesalahan yang sama sebelum ini.
Sebelum ini, Meghan pernah menyatakan bahawa beliau sangat mengambil berat dengan segala peraturan dan protokol diraja dan sentiasa merujuk kepada kakitangan istana dan keluarga diraja tersebut berhubungan perkara itu. - Teks : Asraf Aided Sumber : celebrityinsider.org