awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meghan Markle tutup semua akaun media sosial

Agensi
Agensi
09/01/2018
21:54 MYT
Meghan Markle tutup semua akaun media sosial
Markle dan Harry melayan orang ramai yang mengerumuni mereka ketika melawat stesen radio Reprezent di Brixton pada Selasa, 9 Jan, 2018. REUTERS
Bakal isteri Putera Harry, Meghan Markle, telah menutup semua akaun media sosialnya bagi menghormati tradisi keluarga diraja Britain.
Istana Kensington dalam sebuah kenyataan memaklumkan mengenai tindakan pelakon terkenal Hollywood itu yang telah memadam akaun Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.
Istana itu turut berkata, Markle sangat berterima kasih dengan semua peminat yang mengikuti perkembangannya di media sosial sejak bertahun lamanya dan dia sudah lama tidak menggunakannya.
Bagi mereka yang masih mahu mengikuti perkembangan hidup Markle, Istana Kensington turut mempunyai akaun media sosialnya sendiri.
Terdahulu pada Selasa, pasangan itu membuat lawatan di sebuah stesen radio komuniti di Brixton di mana ratusan orang ramai beratur di jalanan bagi menyambut kehadiran mereka.
Ia merupakan lawatan rasmi kedua pasangan itu selepas mengumumkan pertunangan mereka pada November.
Markle dan Harry bakal berkahwin pada 19 Mei di Istana Windsor.
Topic Berkaitan
#Britain
#Istana Windsor
#Kensington Palace
#Meghan Markle
#Putera Harry
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan