awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengepam tandas boleh sebar virus COVID-19 - Kajian

Agensi
Agensi
20/08/2020
03:01 MYT
Mengepam tandas boleh sebar virus COVID-19 - Kajian
Penyelidik Universiti Yangzhou menasihati orang ramai memakai pelitup muka ketika menggunakan tandas awam. -Gambar hiasan
ORANG ramai disyorkan memakai pelitup muka ketika menggunakan tandas awam.
Ia berdasarkan kajian terbaharu yang mendapati mengepam tandas akan melepaskan zarah halus di ruang udara yang boleh menjadikan tandas awam berisiko untuk jangkitan COVID-19.
Menurut kumpulan pengkaji China dari Universiti Yangzhou, orang ramai disarankan memakai pelitup muka sekiranya perlu menggunakan tandas awam.
“Lebih 57 peratus zarah dikesan di persekitaran tandas,” kata pengkaji dalam kajian yang diterbitkan dalam Physics of Fluids.
“Memakai pelitup muka perlu diwajibkan di tandas awam ketika pandemik dan aspek penyebaran titisan juga perlu ditambah baik bagi mengekang COVID-19.”
Memetik laporan New York Times, penyelidik Universiti Yangzhou, Dr Ji-Xiang Wang menasihati orang awam agar lebih berwaspada bagi mengelak jangkitan di tandas awam.
“Turunkan penutup mangkuk tandas dahulu sebelum memulakan proses mengepam,” pesan Dr Wang.
Kajian sebelum ini pernah membuktikan bahawa mengepam tandas boleh menyebabkan zarah halus tersebar sejauh 3 kaki.
Namun, kajian setakat ini tidak menunjukkan virus yang tersebar melalui udara mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.
Sebelum ini, pengkaji di China mendapati koronavirus boleh tersebar menerusi najis manusia.
Kajian-kajian tersebut menunjukkan bahawa pemahaman terhadap punca penyebaran COVID-19 masih belum menyeluruh dan memerlukan kajian lanjut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kajian
#koronavirus
#pelitup muka
#penyebaran udara
#tandas
#Universiti Yangzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan