Tutup

Berita  | Dunia

Menteri hadap skandal, letak jawatan, elak jadi beban

Menteri hadap skandal, letak jawatan, elak jadi beban
Sugawara setakat meletak jawatan setelah dituduh memberi hadiah barangan mahal kepada penyokongnya. - AP
DALAM kalangan ahli politik Jepun, jika seseorang malu, menyesal dan ingin mohon maaf atas kesalahan atau kelakuan tidak bermoral, cara 'tebus dosa' adalah dengan tindakan bunuh diri atau hara-kiri.

Menteri Perdagangan yang baru sebulan dilantik; Isshu Suguwara, belum berani hunus pedang Samurai, cukup setakat membunuh karier politik peribadi buat sementara.
Sugawara setakat meletak jawatan setelah dituduh memberi hadiah barangan mahal kepada penyokongnya di kalangan pengundi Tokyo kerana tidak mahu menjadi beban kepada kabinet Perdana Menteri Abe Shinzo.

Sugawara di lantik Abe pada bulan September untuk mengetuai delegasi Jepun berdepan dengan Korea Selatan bagi melerai kemelut 'perang perdagangan' kedua-dua negara Asia Timur ini.
Seorang waris penyokongnya didakwa menerima 20,000 Yen (RM730) sebagai wang 'khairat’ yang lebih dikenali sebagai 'duit colok’ atau incense money.

Perlembagaan Jepun menghalang ahli politik memberi sebarang habuan yang dianggap sogokan kepada pengundi di kawasan pilihan raya masing-masing.

Bukti turut didedahkan dalam bentuk surat 'terima kasih’ yang diterima Sugawara dari penerima 'hadiah’.


Tag: menteri skandal, jepun, harakiri, pedang samurai, isshu sugawara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.