awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Indonesia yang diserang pengganas kini stabil

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2019
04:20 MYT
Menteri Indonesia yang diserang pengganas kini stabil
Wiranto dipapah untuk dibawa ke hospital selepas diserang dua suspek yang disyaki pengganas pada Khamis.
Menteri Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto yang cedera akibat ditikam dalam serangan pada Khamis kini dilaporkan stabil.
Wiranto, bekas ketua angkatan tentera dan bekas calon Presiden berusia 72 tahun itu mengalami dua luka akibat ditikam oleh suspek seorang lelaki dan wanita ketika membuat lawatan di Banten, Jakarta.
"Keadaan beliau stabil dan kini masih dirawat di hospital," kata Ketua Polis Banten, Tomsi Tohir seperi dilaporkan Metro TV.
Kejadian serangan terhadap menteri itu berlaku ketika Wiranto turun dari kenderaan untuk menaiki helikopter selepas menghadiri satu majlis di Universiti Mathlaul Anwar di Pandeglang.
Laporan media antarabangsa menyebut, rakaman video memperlihatkan Wiranto bersamlaman dengan Ketua Polis Pandeglang sebelum seorang lelaki tiba-tiba menyerbu dari depan lalu menikamnya.
Dalam masa sama, seorang wanita turut menyerbu dari belakang namun sempat dihalang dan ditahan polis.
Wiranto jatuh terduduk di sebelah kenderaan sebelum pantas dipapah dna diusung ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital berdekatan.
Beliau, kemudiannya diterbangkan ke Jakarta bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, suspek yang ditahan di Banten dipercayai pengikut Daish.
Polis juga, kata beliau, masih menyiasat latar belakang penyerang wanita itu.
Topic Berkaitan
#daish
#diserang pengganas
#menteri Indonesia
#Wiranto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan