Seorang menteri di Jerman dijumpai maut dipercayai akibat membunuh diri ekoran kebimbangan melampau terhadap COVID-19.

Ketua Menteri Kewangan Hasse, Thomas Schaefer, 54, dijumpai dijumpai tidak bernyawa berhampiran landasan kereta api pada Sabtu.

Mendiang dipercayai membunuh diri kerana terlalu bimbang tentang cara untuk menangani krisis ekonomi susulan impak daripada pandemik COVID-19.

Pejabat Pendakwaan Wiesbaden dalam satu kenyataan berkata kes dipercayai tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.

Ketua Menteri Hasse, Volker Bouffier menyifatkan perkara itu amat menyedihkan dan terkejut dengan perkembangan itu.

Menurut Bouffier, Schaefer yang berkhidmat selama 10 tahun sebagai ketua kewangan di Hasse berhempas-pulas membantu syarikat dan pekerja yang terkesan dengan pandemik tersebut.

Sebelum ini, Schaefer daripada parti pimpinan Angela Merkel, Parti Demokrat Kristian (CDU) disebut sebagai pengganti kepada Bouffier.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak.


Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.



Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma.