awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kesihatan Pakistan sah positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2020
21:00 MYT
Menteri Kesihatan Pakistan sah positif COVID-19
Zafar Mirza memberitahu, beliau dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah. - Gambar Facebook
Menteri Kesihatan Pakistan, Zafar Mirza mengesahkan beliau positif COVID-19.
Zafar dalam satu pautan terbaharunya di Twitter berkata sudah merasai simptom wabak berkenaan sebelum disahkan positif.
Reuters melaporkan beliau turut memaklumkan telah dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah dan mengambil langkah-langkah pencegahan.
"Saya disahkan positif COVID-19 dan dinasihatkan untuk mengasingkan diri di rumah selain mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.
"Saya mengalami gejala ringan dan tolong doakan saya," katanya.
Beliau adalah antara beberapa pemimpin kanan yang disahkan positif di negara itu sekali gus memberi tekanan kepada sistem pengurusan kesihatan negara itu.
Jumaat lalu, Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi mengesahkan beliau dijangkiti virus itu.
Pengesahan itu dilakukan hanya beberapa hari selepas pertemuan dengan wakil khas Amerika Syarikat mengenai isu damai Afghanistan, Zalmay Khalilzad.
Antara lain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini adalah, Menteri Kereta Api, Sheikh Rasheed dan Speaker Dewan Negara, Asad Qaiser.
Pakistan setakat hari ini merekodkan 229,831 kes dengan 4,763 kematian. Negara itu mencatatkan kes baharu kira-kira 4,000 pada setiap hari
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#COVID-19
#Dewan Negara
#Kementerian Kesihatan
#Pakistan
#Twitter
#Zafar Mirza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan