awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pemuda, Olahraga Indonesia letak jawatan selepas didakwa terima rasuah

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2019
05:44 MYT
Menteri Pemuda, Olahraga Indonesia letak jawatan selepas didakwa terima rasuah
Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Imam Nahrawi umum letak jawatan dalam Kabinet Presiden Jokowi.
SELEPAS didakwa menerima rasuah, Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Imam Nahrawi meletakan jawatan dalam Kabinet.
Pengunduran Imam itu disahkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kepada wartawan pada Khamis.
Imam sebelum ini dinamakan sebagai suspek dalam penyalahgunaan geran Suruhanjaya Olahraga Nasional Indonesia (KONI) oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Indonesia (KPK).
"Pagi tadi saya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Menpora.
"Saya menghormati apa yang sudah diputuskan oleh KPK, Pak Imam Nahrawi sudah menjadi tersangka (suspek) kerana urusan dana hibah dengan KONI," kata Jokowi.
Sehubungan itu, Jokowi mengingatkan pentadbirannya agar berhati-hati menggunakan perbelanjaan negara.
Ini kerana, setiap duit yang dibelanjakan akan diaudit oleh Badan Pemeriksa Kewangan (BPK).
"Kalau ada penyelewengan, itu urusannya dengan pihak berkuasa," ujar Jokowi lagi.
Imam didakwa menerima suapan sebanyak Rupiah 14.7 miliar (RM4.38 juta) daripada timbalannya sekitar 2014 - 2018.
Beliau juga didakwa meminta wang sebanyak Rupiah 11.8 miliar (RM3.5 juta) pada 2016 - 2018 menjadikan jumlah keseluruhan suapan yang diterimanya bernilai RM26.5 miliar (RM7.9 juta).
Menurut kenyataan KPK, Imam dipercayai telah menyalahguna kedudukannya sebagai menteri menggunakan dana-dana itu untuk kepentingan peribadi.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#letak jawatan
#Menpora
#Menteri Pemuda dan Olahraga
#terima rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan