Berita  | Dunia

Mesir hukum mati 17 individu terlibat serangan gereja

Mesir hukum mati 17 individu terlibat serangan gereja
GAMBAR FAIL: Rakyat Mesir berkumpul di depan gereja Koptik di Tanta. - REUTERS
KAHERAH: Mahkamah tentera Mesir pada Khamis menjatuhkan hukuman mati terhadap 17 individu kerana terlibat dalam beberapa serangan bom di gereja pada tahun 2016 dan 2017, lapor agensi berita negeri MENA.

Menurut laporan itu lagi, 19 lagi individu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup untuk serangan melibatkan gereja-gereja di Kaherah, Iskandariah dan Tanta.
Tentera Mesir sedang menjalankan operasi besar-besaran yang memberi tumpuan kepada Semenanjung Sinai yang bertujuan menghapuskan kumpulan militan.

Serangan bom pada 2016 telah meragut 37 nyawa.

Manakala, serangan pada 2017 yang berlaku di Gereja Koptik Mar Girgis, Tanta dan di Kathedral Koptik Ortodoks Saint Mark, Iskandariah pula telah meragut 45 nyawa dan mencederakan 126 orang.