awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Tiga warga Rusia, seorang warga Ukraine dikenal pasti sebagai suspek

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2019
12:34 MYT
MH17: Tiga warga Rusia, seorang warga Ukraine dikenal pasti sebagai suspek
Ketua Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu. - Gambar REUTERS
KETUA Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu.
Kesemua suspek itu akan didakwa di atas kesalahan membunuh.
Tiga warga Rusia tersebut dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov.
Sementara warga Ukraine itu pula ialah Leonid Karchenko.
Jelas Paulissen, kesemua suspek berada di Ukraine pada tarikh tragedi tersebut berlaku iaitu 17 Julai 2014.
Paulissen turut menjelaskan kesemua mereka memainkan peranan penting dalam kes tembakan pesawat tersebut.
Ketua Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu. Foto: Reuters
Ketua Polis Belanda, Wilbert Paulissen mengesahkan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu. Foto: Reuters
Tiga warga Rusia tersebut dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov. Manakala seorang lagi warga Ukraine itu adalah Leonid Karchenko. Foto: Reuters
Tiga warga Rusia tersebut dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov. Manakala seorang lagi warga Ukraine itu adalah Leonid Karchenko. Foto: Reuters
"Hari ini kami akan mengeluarkan waran tangkap antarabangsa buat kesemua suspek yang akan didakwa. Mereka juga akan disenaraikan dalam senarai orang yang dikehendaki dalam dan luar negara.
“Oleh itu, kami mendedahkan nama penuh dan foto mereka. Kesemua suspek dikenali sebagai Igor Girkin, Sergey Dubinskiy, Oleg Pulatov dan Leonid Karchenko. Girkin, Dubinskiy dan Pulatov merupakan warganegara Rusia dan mereka ketika ini menetap di negara itu.
“Manakala Karchenko adalah warganegara Ukraine,” katanya dalam sidang media pada Rabu bersama dengan pasukan penyiasat antarabangsa.
Perkembangan ini berlaku hampir setahun selepas penyiasat mendedahkan peluru berpandu buk yang mengenai pesawat itu berasal dari Brigade tentera Rusia yang berpangkalan di Kursk.
Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak ketika berada di ruang udara timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah pro Rusia pada 17 Julai.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam insiden itu.
BACA: Malaysia tak percaya Rusia yang jatuhkan pesawat MH17 - Tun Mahathir
BACA: Peluru berpandu tembak MH17 milik Ukraine - Rusia
BACA: MH17: Janji nak bantu keluarga mangsa hanya tinggal janji?
Topic Berkaitan
#dietmbak
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#suspek
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan