Skip to main content

Dunia

MH370: Perancis hantar pasukan maritim, udara cari bangkai pesawat

41438501595_LAREUNIONISLAND.jpg
Perancis akan menghantar pasukan maritim dan udara yang baharu ke Pulau Reunion di Lautan Hindi mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Perancis memaklumkan tindakan itu bertujuan mencari bangkai pesawat malang tersebut.

Ia dibuat susulan permintaan daripada Presiden dan Perdana Menteri Perancis berdasarkan keperluan siasatan.

Malaysia pada Khamis mengesahkan bahagian sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada minggu lalu adalah milik MH370 yang hilang pada Mac 2014.

Pesawat yang membawa  239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi.



 

Advertisement

Must Watch Video