awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Flydubai: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang

Agensi
Agensi
26/03/2016
10:37 MYT
Nahas Flydubai: TV Rusia siar kata-kata akhir juruterbang
Pesawat FZ981 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don ketika cubana mendarat pada 19 Mac lalu. -Gambar fail
Saluran televisyen Rusia Rossiya-1menyiarkan kata-kata akhir juruterbang pesawat Flydubai yang terhempas di Rostov-on-Don minggu lalu, yang menunjukkan kebarangkalian nahas disebabkan oleh kesilapan juruterbang, lapor AFP.
Transkrip perbualan terakhir itu jelas menunjukkan pesawat tersebut hilang kawalan sejurus fungsi autopilot dimatikan.
"Jangan bimbang," kata juruterbang berulang kali dalam transkrip yang diterjemah ke dalam Bahasa Rusia, sebelum beberapa kali berkata "Jangan buat begitu!"
Kemudian, kata-kata terakhir yang dirakam adalah "Naikkan muncung pesawat!" yang berulang kali disebut oleh juruterbang berkenaan.
Untuk enam saat terakhir, apa yang didengari hanyalah jeritan manusia, lapor saluran TV tersebut.
Namun begitu, saluran TV itu menegaskan bahawa transkrip berkenaan -- yang menunjukkan juruterbang terbabit telah secara tidak sengaja menghidupkan suis penstabil mendatar ketika cubaan meletakkan pesawat dalam keadaan mendatar – bukanlah satu versi rasmi.
Bagaimanapun, pasukan penyiasat ketika ini sedang meneliti punca nahas sama ada disebabkan cuaca buruk, kseilapan juruterbang atau masalah teknikal.
Pesawat FZ981 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don ketika cubana mendarat pada 19 Mac lalu.
Sebanyak 55 penumpang dan tujuh anak kapal terkorban dalam nahas itu.
Topic Berkaitan
#Flydubai
#kata-kata akhir juruterbang
#kesalahan juruterbang
#nahas flydubai
#punca nahas
#Saluran Rossiya-1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan