Menteri Muda Pengangkutan Perancis, Alain Vidalies hari ini mengesahkan tiada seorangpun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings 4U 9525 di selatan Perancis hari ini.

"Tiada yang terselamat," kata Vidalies, sambil menambah bahawa kemalangan itu berlaku tidak lama selepas juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan semasa cuaca yang baik, lapor AFP.

Pihak berkuasa penerbangan awam juga dalam laporan terbaru telah mengesahkan bahawa kru pesawat tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.

"Kru pesawat tidak menghantar isyarat cemas. Sebenarnya pihak kawalan trafik udara yang sebelum ini membuat keputusan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan cemas berikutan tiada komunikasi dengan kru pesawat,” ujar sumber berkenaan.

GALERI FOTO: Nahas pesawat Germanwings di Alps Perancis

GALERI FOTO: Nahas pesawat Germanwings 4U 9525


Sebelum pengesahan tersebut, Vidalies memberitahu bahawa isyarat kecemasan telah didaftarkan pada pukul 10:47 pagi iaitu ketika pesawat itu berada pada 5,000 kaki dalam keadaan yang tidak normal.

Beliau berkata tempat pesawat itu terhempas merupakan sebuah kawasan yang diliputi salji dan tidak boleh diakses dengan kenderaan darat. Hanya helikopter yang boleh sampai ke lokasi berkenaan.

Pesawat yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf di Jerman.

Germanwings


Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Germanwings, Thomas Winkelmann, seramai 67 warganegara Jerman dipercayai berada dalam pesawat malang tersebut. Pesawat itu juga membawa dua orang bayi.

Nahas Germanwings: Jika sah terhempas, ini hari gelap untuk kami - Lufthansa

Nahas Germanwings: Media sosial kirim doa, khuatirkan keselamatan