Genap seminggu tragedi pesawat Lion Air JT610 terhempas, pelbagai pihak berusaha mencari dan menyelamat mangsa tanpa kenal erti penat.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka perlu berdepan dengan segala kemungkinan di dasar laut.

Memetik Riauonline, salah seorang penyelam unit Persatuan Olahraga Selam Seluruh Indonesia (Possi) dari Semarang berkongsi pengalaman operasi menyelamat di perairan Karawang.

Kata Malik, sepanjang proses pencarian mangsa nahas JT 610 di laut Jaya Karawang, dia alami beberapa kejadian aneh.

Salah satunya, apabila tiba-tiba mendengar ada suara yang memanggil sedangkan dia berada pada kedalaman puluhan meter di bawah laut.

“Memang kadang-kadang ada gangguan seperti ini, tetapi saya anggap ia perkara biasa kerana perkara itu memang ada tertulis di dalam al-Quran. Jin dan manusia itu memang diciptakan oleh ALLAH SWT,” katanya.

Selain Malik, salah seorang anggota dari Angkatan Laut Tentera Laut Indonesia (TNI), turut mengalami kejadian serupa.

“Saat berada di dasar laut, dia terdengar teriakan suara wanita memanggilnya namun mengendahkan suara tersebut.

“Dia hanya fokus kepada misi pencarian mangsa walaupun sering ‘diganggu’.

“Kita seperti merasakan ada jeritan, tangisan, tetapi kita tidak hiraukan mereka, kita anggap itu hanya halusinasi penyelam sahaja,” katanya.