awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Google AI Mode kini boleh diakses terus melalui AI Overview
Kampung Angkat MADANI: Gelanggang futsal baharu pacu pembangunan belia di Chengal Lempong
[KOLUMNIS] Wanita Sudan hebat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Lion Air: Kad pengenalan, buku akaun bank, anggota badan antara ditemui

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
29/10/2018
05:39 MYT
Nahas pesawat Lion Air: Kad pengenalan, buku akaun bank, anggota badan antara ditemui
Beberapa kad pengenalan mangsa pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin antara butiran yang ditemui oleh pasukan penyelamat. Foto: Twitter - @SonoraFM92
BEBERAPA kad pengenalan mangsa pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin antara butiran yang ditemui oleh pasukan penyelamat.
Menurut Timbalan Bahagian Operasi Pencarian, Pertolongan dan Kesiapsiagaan (BASARNAS), Mejar Jeneral Nughroho Budi Wiryanto, beberapa barangan dipercayai milik penumpang dan kru pesawat ditemui di lokasi pesawat tersebut terhempas.
Menurut Budi, serpihan pesawat turut dipercayai ditemui pasukan penyelamat tempatan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia.
Beliau turut berkata, jenazah penumpang akan dibawa ke RS Polri Kramat Jati di Tanjung Priok, Indonesia.
Beberapa ID berupa SIM dan KTP ditemukan dilokasi jatuhnya Pesawat Lion Air JT610 yang ditemukan Tim @SAR_NASIONAL . #BeritaSonora pic.twitter.com/TGHJHBme88
— IG : @SonoraFM92 (@SonoraFM92) October 29, 2018
Beberapa serpihan pesawat dan benda yang diduga dari Pesawat Lion Air JT610 yang ditemukan Tim @SAR_NASIONAL . #BeritaSonora pic.twitter.com/fY0gFQgkL4
— IG : @SonoraFM92 (@SonoraFM92) October 29, 2018
Buat masa, ini 450 askar Tentera Nasional Indonesia telah digerakkan ke lokasi tragedi dan 150 anggota dari Agensi Bencana Indonesia (BASARNAS), kata Budi dalam satu sidang media yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Apa yang lebih menyayat hati, jurucakap Bahagian Komunikasi BASARNAS, Sutopo Purwo Nugroho turut berkongsi antara serpihan lain yang ditemui adalah sarung (casing) telefon bimbit milik mangsa dan beberapa dokumen berkaitan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Nahas pesawat Lion Air
Beberapa serpihan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang. Pesawat membawa 178 penumpang dewasa, 1 penumpang anak-anak dan 2 bayi dengan 2 Pilot dan 5 FA. Basarnas dan Kementerian Perhubungan terus melakukan penanganan. Beberapa kapal tug boad berada di lokasi. pic.twitter.com/Gb6P4zjCQF
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 di dekat fasilitas Anak usaha PT Pertamina (Persero), Pertamina Hulu Energi Offshore North West Java (PHE ONWJ) di lepas pantai di utara Bekasi, Jawa Barat. Petugas PHE ONWJ melakukan evakuasi dan mengambil dokumentasi. pic.twitter.com/Xq0kQjAWe8
— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) October 29, 2018
Netizen yang mengikuti perkembangan terkini turut mendoakan agar proses SAR berjalan dengan lancar.
BACA: Nahas Pesawat Lion Air: Juruterbang beri indikasi pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar?
BACA: Pesawat Lion Air terhempas: 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi
Pesawat Lion Air JT 610 dari Jakarta ke Pangkalpinang pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan) dilaporkan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara sekitar jam 6.33 pagi (waktu tempatan).
Buat masa ini, dipercayai seramai 178 orang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterbang dan lima kru penerbangan berada dalam pesawat berkenaan.
Topic Berkaitan
#Budi Wiryanto
#Jakarta
#JT-610
#kad pengenalan
#Pesawat Lion Air
#Tanjung Periuk
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan