Berita  | Dunia

'Nak cuba gulingkan saya? Saya penjarakan kamu semua!' - Duterte

'Nak cuba gulingkan saya? Saya penjarakan kamu semua!' - Duterte
DUTERTE: Saya akan penjarakan mereka semua. Cubalah, dan saya akan buat (penjarakan). - Gambar fail/REUTERS
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam akan memenjarakan mana-mana pihak lawan yang cuba untuk menggulingkannya.

Kenyataan Duterte itu merupakan reaksinya terdapat tuduhan dari beberapa pihak yang mengatakan beliau berpihak kepada China selepas sebuah kapal nelayan Filipina ditenggelamkan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Manila pada 9 Jun lalu.

"Saya? Cuba gulingkan saya? Saya akan penjarakan mereka semua. Cubalah, dan saya akan buat (penjarakan).
"Saya cabar kamu lakukannya. Kamu betul-betul mahu saya terlibat kan?" katanya seperti dipetik Reuters.

Antara pihak yang mengkritik pemimpin Filipina itu termasuk seorang hakim tersohor dan bekas menteri luar.

Mereka meyokong penggulingan Duterte kerana beliau dikatakan telah melanggar perlembagaan negara itu.

Sebelum ini, pada Mac lalu, seorang wartawan kanan Filipina yang juga Ketua Pegawai Eksekutif portal berita, Rappler, Maria Ressa turut ditangkap oleh pihak berkuasa negara itu kerana mengkritik Duterte.

BACA: Wartawan veteran Filipina ditahan polis kali kedua kerana kritik Presiden Duterte

Penangkapan tersebut telah disifatkan sebagai langkah Duterte untuk menyekat kebebasan dan keterbukaan media di Filipina.



Tag: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, penjarakan, Filipina, cuba gulingkan, kebebasan media


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.