Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Nenek 104 tahun pulih COVID-19

Nenek 104 tahun pulih COVID-19
Anaknya Giampiero memberitahu The Sun, mengesyaki ibunya dijangkiti wabak COVID-19 setelah melihat ramai penghuni rumah penjagaan dijangkiti wabak itu.
BIELLA: Seorang wanita Itali berusia 104 tahun yang selamat dan pulih dari wabak koronavirus (Covid-19) menjadi orang tertua di dunia bertahan melawan COVID-19.

Ada Zanusso pada awalnya telah jatuh sakit di rumah jagaannya di Biella di utara Itali pada 17 Mac, lapan hari selepas kerajaan mengenakan kawalan pergerakan di negara tersebut, lapor The Sun.

Dia disahkan positif wabak COVID-19 selepas mengalami muntah, demam dan kesukaran bernafas pada bulan lalu.

Anaknya Giampiero memberitahu The Sun, mengesyaki ibunya dijangkiti wabak COVID-19 setelah melihat ramai penghuni rumah penjagaan dijangkiti wabak itu.
"Mereka juga sedih ada beberapa kematian di sana dan saya juga bimbang keadaan ibu," katanya.

Doktor yang merawat Ada, Carla Furno Marchese, berkata, keadaannya bertambah baik dari semasa ke semasa.
"Saya lihat dia bangun dan tidak baring di atas katil. Dia boleh berjalan lagi.

"Dia dikurniakan kesihatan dan kecergasan. Pemulihannya adalah berita gembira buat kami di sini.

"Ia petanda yang baik dan memberi harapan untuk kita semua melihat lebih ramai mengalami jangkitan Covid-19 pulih seperti sedia kala termasuk berada di Unit Rawatan Rapi," katanya.