PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa sistem keadilan di Israel dan polis berkomplot untuk menjatuhkannya.

Dakwaan itu disuarakan ketika dia tiba di mahkamah untuk perbicaraannya.

Tambah Netanyahu, dia adalah mangsa konspirasi media, polis, pendakwaraya dan hakim Israel.

Netanyahu ialah Perdana Menteri Israel pertama yang dibicarakan ketika masih bertugas.

Dia turut menggesa perbicaraan disiarkan di televisyen secara langsung untuk ketelusan.

Netanyahu berdepan pelbagai tuduhan pecah amanah, rasuah dan penipuan.

Ini termasuk menerima hadiah dan memberikan kelebihan kepada pemilik syarikat media yang memberikan laporan positif kepadanya dan keluarga.

Ketibaannya di mahkamah turut disambut penyokong dan penunjuk perasaan.

Netanyahu baru sahaja mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu Israel selepas satu ketidaktentuan politik selama setahun.