awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netflix putus hubungan dengan Kevin Spacey berikutan dakwaan salah laku seksual

Agensi
Agensi
04/11/2017
11:04 MYT
Netflix putus hubungan dengan Kevin Spacey berikutan dakwaan salah laku seksual
Dakwaan salah laku seksual terhadap Spacey didedahkan oleh aktor Anthony Rapp, aktor Mexico Roberto Cavazos, serta pembikin filem Tony Montana. - Gambar fail
Netflix Inc memutuskan kaitan dengan aktor Hollywood, Kevin Spacey, pada Jumaat berikutan siri dakwaan salah laku seksual pelakon itu, lapor Reuters.
Keputusan itu dibuat meskipun Spacey adalah antara bintang terbesar dan pelakon utama dalam drama popular House of Cards.
Syarikat penstriman itu menggantung produksi drama berkenaan awal minggu ini menjelang musim keenam dan terakhir siri drama politik itu.
Dalam siri drama tersebut, Spacey membawa watak sebagai Presiden Amerika Syarikat, Frank Underwood.
"Netflix tidak mahu terlibat dengan produksi lanjutan House of Cards yang membabitkan Kevin Spacey," ujar kenyataan rasmi syarikat itu.
Buat masa ini, Spacey tidak mempunyai jurucakap atau pegawai perhubungan memandangkan individu yang menguruskan Spacey sebelum ini sudah mengundur diri.
"Sementara siasatan sedang dijalankan berkaitan dakwaan serius melibatkan kelakuan Spacey dalam set penggambaran House of Cards, beliau telah digantung serta-merta," kata kenyatan daripada penerbit drama, Media Rights Capital (MRC).
Netflix pula akan memikirkan jalan terbaik dengan pihak MRC bagi menentukan masa depan drama berkenaan.
Spacey, yang telah meraih kejayaan dalam kerjaya perfileman, televisyen dan teater, adalah nama besar dalam industri hiburan yang terpalit skandal salah laku seksual selepas perkara yang sama dihadapi oleh penerbit filem, Harvey Weinstein.
Dakwaan salah laku seksual terhadap Spacey didedahkan oleh aktor Anthony Rapp, aktor Mexico Roberto Cavazos, serta pembikin filem Tony Montana.
Spacey telah memohon maaf atas dakwaan Rapp selain membuat pengakuan bahawa dirinya seorang gay, namun itu telah menilbulkan kemarahan pemerhati kontroversi itu, yang menganggap Spacey cuba mengalih perhatian umum.
Topic Berkaitan
#aktor
#cabul
#Hollywood
#Kevin Spacey
#Netflix
#salah laku seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan