Calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan buat dunia apabila memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton untuk muncul sebagai Presiden ke-45 negara itu.

Dikenali untuk kenyataan rasis, narasis dan seksis, kemenangan Trump nyata mencetuskan kebimbangan di kalangan beberapa pihak.

Pasaran saham dunia turut jatuh dan mengundang kegusaran mengenai masa depan politik dunia terutamanya berhubung hala tuju kepimpinan Washington.

Bagaimanapun, ucapan sulung Donald Trump di Manhattan, New York susulan kemenangannya memberi satu keyakinan dan harapan baharu kepada warga Amerika.

Trump berkata dia akan berusaha menyembuhkan kembali luka yang dalam di kalangan rakyat negara itu dan bertekad untuk menjadi presiden kepada “seluruh rakyat Amerika Syarikat’.

Bukan itu sahaja, Trump turut memuji lawannya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat yang telah lama memberikan perkhidmatan kepada negara itu.

“Hillary telah berkhidmat untuk jangka masa lama, dan kita terhutang budi kepadanya atas khidmat yang diberikan kepada negara kita,” kata Trump lagi.

Menurut netizen, ucapan sulung beliau sebagai Presiden cukup profesional, mengagumkan dan mengalakkan perpaduan.

BACA: Kemenangan mengejut Trump di beberapa negeri gegarkan pasaran saham, matawang dunia

BACA: #ASMemilih: Trump mendahului, rakyat AS nak pindah ke Kanada?

BACA: LAPOR LANGSUNG Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45