awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand Berkabung: Semoga Allah lindungi NZ - Imam Gamal

Shafizan Johari
Shafizan Johari
22/03/2019
01:57 MYT
New Zealand Berkabung: Semoga Allah lindungi NZ - Imam Gamal
Imam Gamal berkata, serangan menunjukkan terorisme tidak mengenal warna, ras dan agama.
Imam Masjid Al Noor yang terselamat dalam serangan pengganas minggu lalu mendoakan agar Allah memberi perlindungan kepada New Zealand dan dunia menerusi khutbah yang dibacakannya pada hari ini.
Imam Gamal Fouda berkata, serangan yang mengorbankan 50 nyawa minggu lalu itu adalah hasil daripada retorik anti-Muslim oleh sesetengah ahli politik dan media.
"Serangan menunjukkan terorisme tidak mengenal warna, ras dan agama," seru beliau dalam khutbah yang dibacakan di satu lokasi terbuka di Hagley Park, Christchurch.
Taman itu terletak berhadapan dengan Masjid Al Noor, salah satu masjid yang diserang dalam insiden serangan pengganas 15 Mac lalu.
Khutbah Jumaat yang disampaikan semasa solat Jumaat di situ hari ini turut disertai ribuan orang Islam dan bukan Islam, termasuk Perdana Menteri Jacinda Ardern yang hadir dengan mengenakan tudung.
Mesej cinta dan kasih sayang
"Di tempat saya berdiri ini saya dapat lihat cinta dan kasih sayang di mata jutaan warga New Zealand dan manusia dari pelbagai negara yang hatinya penuh dengan kasih sayang," seru Gamal.
"Pengganas cuba untuk memecahkan kita sebagai sebuah negara dengan idealogi jahatnya tetapi kita tunjukkan bahawa New Zealand tidak boleh dipecahkan."
"Kita di sini, masih hidup dan berikrar tidak akan membenarkan sesiapa memecahbelahkan kita,"
Jacinda Ardern melambai ketika meninggalkan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, New Zealand, 22 Mac, 2019. (Foto AP)
Jacinda Ardern melambai ketika meninggalkan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, New Zealand, 22 Mac, 2019. (Foto AP)
Beliau juga meningatkan keluarga mangsa-mangsa yang meninggal dunia bahawa mereka tidak terkorban secara sia-sia.
"Darah mereka sudah menyemai benih harapan dan menonjolkan keindahan Islam."
"Mereka bukan sahaja syahid untuk Islam tetapi juga syahid untuk New Zealand," katanya.
Ucapan terima kasih
Khatib itu turut mengambil peluang khubah yang disiarkan bukan sahaja ke seluruh New Zealand malah ke seluruh dunia itu untuk mengucapkan terima kasih kepada semua warga New Zealand dan Perdana Menteri Jacinda Ardern.
"Kepada Perdana Menteri kami, terima kasih. Terima kasih atas kepimpinan anda yang kini dijadikan teladan buat pemimpin dunia lain."
"Kepada warga New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas tangisan, terima kasih atas (persembahan) haka, terima kasih atas pemberian bunga, terima kasih atas cinta dan kasih sayang anda."
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kecemasan yang bertugas menyelamatkan nyawa dan anggota komuniti yang menyelamatkan jemaah daripada menjadi sasaran pembunuh.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Hagley Park
#haziq new zealand
#imam
#Jacinda Ardern
#khutbah christchuch
#masjid
#Masjid Al Noor
#Mohd Haziq Mohd Tarmizi
#New Zealand
#pengganas
#serangan
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan